Lama gak saya tak menjengah blog & mencoret N3 terbaru. Tajuk N3 kali ni saya rasa sangat menarik kerana sekarang ini, jarang saya dengar si ibu sanggup menyusukan anaknya secara direct dari badan (breastfeeding). Tambahan lagi, sekarang tersangatlah ramai ibu2 yang berkerjaya dan memberikan seribu satu macam alasan untuk tidak menyusukan baby. Malah saya sendiri sebagai ibu yang x berapa nak muda, pada mula2 dulu merasakan sangat mencabar menyusukan baby. Mestilah mencabar, dalam keadaan merasa kesakitan pertama kali melahirkan, emosi tak stabil, badan lemah dan segala macam lagi yang dihadapi. Seingat saya selepas saya melahirkan Nur Islamedina 2 tahun lepas, saya terus menyusukan walaupun tak pandai dan tak tau posisi yang betul. Almaklum la, first baby dan masa tu Nur Islamedina kuat tido dan tak mau sangat menyusu. Tapi saya gagahi juga dengan penyusuan direct dari badan. Satu hal setelah beberapa hari, Nur Islamedina masih lagi kuat tido sehinggakan saya mengalami bengkak susu...aduhh mmg sakit. Nak pam pun xreti, sampai mak mertua yg tolong. Kesakitan mengepam susu pun, ya Allah malas la nak cerita...tapi kalau tak pam, takut nanti demam pulak kan... so, saya gagahi jua dalam keadaan berlinangan air mata...uwaaaa xsanggup nak mengenangkan saat itu...
Ok, itu cerita mula2 dulu...
Sekarang, dah 25 April 2011, Nur Islamedina dah menginjak usia 2 tahun. Alhamdulillah berkat kesabaran, saya berjaya breasfeed Nur Islamedina secara eksklusif selama 2 tahun ni. Memang benar, Nur Islamedina tak minum susu formula. Walaupun macam2 cara, macam2 jenis puting susu dan macam2 jenis susu formula dah di usahakan, tapi gagal... Nasib la Nur Islamedina ni kuat makan, jadi selain susu badan, dia juga makan 2 kali meals (Nasi+Ikan@Ayam+Sayur) sehari, selain biskut, kekacang dan air masak. Sesekali dia minum Vitagen juga. Asbab pemakanan yang betul, dia sihat dan tak gemuk...kadang2 jeles gak tgk anak orglain gempal2, tp gempal dek kerana susu formula sahaja. (jarang kan jumpa anak2 yg minum susu formula dan berselera makan banyak, termasuk la anak buah saya. sgt kuat minum susu formula & xmkn nasi langsung, cuma berharap pada biskut, jajan2 & sewaktu dgnnya sahaja). So, syukurlah walaupun Nur Islamedina masih berharap pada susu cap gantung, tp dia ambil gak pemakanan seimbang...
Masalahnya sekarang, (bukan la masalah sgt pun memandangkan saya hanya surirumah) Nur Islamedina belum mau putus susu. Dia cuma mau minum Milo + susu Dutch Lady, itu pun masih berharap dg susu badan. bagi saya tak menjadi masalah untuk menyusukan Medina lebih dari 2 tahun. Sebab tempoh 2 tahun itu adalah tempoh hak seorang anak untuk disusukan. Banyak juga cara2 yg saya baca untuk memutuskan susu badan ni, memandangkan Nur Islamedina pun dah besar. Tapi lastly, saya buat keputusan biar lah Nur Islamedina sendiri yg bersedia memutuskan susu badan, lgpun dia bkn nak menyusu betul, sekadar nak melepaskan rasa je...
Dan sebenarnya saya juga ada baca yg memutuskan susu badan ni perlu ketabahan emosi kedua2 pihak si ibu & si anak. Bayangkan 2 tahun sejak lahir, masa sihat sakit dan setiap masa, si ibu & si anak berkepit aje.. sudah tentulah tak mudah untuk memutuskan 'bonding' yang sekian lama terjalin. (sebenarnya saya sendiri pun belum bersedia untuk memutuskan susu, heheheee...) So, biarlah dulu kan. lagipun setiap titis susu badan yang diminum akan jadi pahala. Sapa yang tak mau tu rugi la...xperlu modal apa pun..hehehhehee...
Jadi, kesimpulannya saya berjaya menyusukan anak pertama saya, Nur Islamedina selama 2 tahun dan menunaikan haknya. dan saya akan teruskan sehingga benar2 bersedia untuk memutuskan susu. InsyAllah di hari mendatang, Nur Islamedina menjadi seorang yang mudah menunaikan hak orang, asbab hak nya tertunai...cewahhh..InsyAllah...
Jumpa di lain N3... Assalam...
:: Muhasabah : Tunai hak anak, InsyAllah kelak Allah bagi ganjaran & mudahkan anak tunaikan hak kita bila kita dah tua nanti ::