Khuruj Fi Sabilillah atau 'Keluar ke jalan Allah'. Tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Saw, tak kira lelaki atau perempuan supaya kita sentiasa memperbaiki Iman, Amal & Yakin kita. Saya telah pun keluar Khuruj Masturat 3 hari sebanyak 2 kali; pertama kali lepas baru2 kahwin dan kali kedua sewaktu saya sarat mengandung 6bulan+ anak pertama. Sekarang kira2 dah lebih 2tahun saya tak keluar masturat. Anak pertama pun dah berumur 2 tahun, maka dah sampai nisab untuk keluar masturat lagi. Namun, perasan untuk keluar Khuruj Masturat kali ini memang sangat berat. Manakan tidak, dulu belum ada anak tak perlulah fikir banyak, cuma ambil cuti kerja dan dan boleh anggap keluar Khuruj Masturat seperti pegi 'honeymoon'. Adapun halangan dari keluarga, dapat diselesaikan dengan mudah. Syukur Allah pilih untuk keluar Khuruj Masturat pada masa itu.
Sekarang, masalahnya lain. Nak meninggalkan anak kepada siapa dan keadaan kesihatan yang kadang2 OK, kadang2 TAK OK, tanggapan keluarga lagi. Saya berazam untuk Khuruj Masturat 10 hari di Semenanjung pada penghujung Mei ini, iaitu pada hari lahir saya. Dalam keadaan mengandung anak ke-2, kdg2 rasa sihat dan kdg2 rasa tak sihat, saya terus berdoa pada Allah agar saya dipilih dan dipermudahkan untuk keluar pada kali ini. Selain itu, nak tinggalkan Nur Islamedina dengan siapa? Nenek sebelah abahnya dari awal tak sanggup, sebab mereka pun kena jaga cucu2 lain. Nak tinggalkan dengan Nenek sebelah Umi, pun mereka tak sanggup sebab masing2 tak dapat ambil cuti yg terlalu panjang. Tambahan lagi, Nur Islamedina tak pernah berpisah dengan saya. Dan walaupun haknya untuk menyusu selama genap 2 tahun sudah tertunai, sekarng dia masih belum putus susu badan. Hmmm...moga Allah selesaikan masalah2 ini.
Perkara ini melibatkan perasaan keluarga, saya tak mau nanti keluarga akan berbunyi dalam diam. Saya berat meninggalkan anak dalam keadaan hati tak senang.
Walaupun seribu satu alasan, saya tetap berdoa agar Allah tetap pelihara Iman saya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik, dan biarlah Allah yang buat keputusan. Allah akan pilih kita melihat kepada keazaman dan kesungguhan kita, tak kira kita mempunyai kelapangan masa, wang, harta atau anak yang banyak.
"Ya Allah, pilihlah saya dan suami saya untuk Khuruj Masturat pada penghujung Mei ini. Dan selesaikan semua masalah saya, lapangkan dada saya dan perliharalah Iman kami. Amin ya raabb".
:: Muhasabah : Redha dengan setiap keputusan Allah ::