May 18, 2011

:: Khuruj Fisabilillah Untuk Masturat ::

Assalamualaikum wbt...

Khuruj Fi Sabilillah atau 'Keluar ke jalan Allah'. Tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Saw, tak kira lelaki atau perempuan supaya kita sentiasa memperbaiki Iman, Amal & Yakin kita. Saya telah pun keluar Khuruj Masturat 3 hari sebanyak 2 kali; pertama kali lepas baru2 kahwin dan kali kedua sewaktu saya sarat mengandung 6bulan+ anak pertama. Sekarang kira2 dah lebih 2tahun saya tak keluar masturat. Anak pertama pun dah berumur 2 tahun, maka dah sampai nisab untuk keluar masturat lagi. Namun, perasan untuk keluar Khuruj Masturat kali ini memang sangat berat. Manakan tidak, dulu belum ada anak tak perlulah fikir banyak, cuma ambil cuti kerja dan dan boleh anggap keluar Khuruj Masturat seperti pegi 'honeymoon'. Adapun halangan dari keluarga, dapat diselesaikan dengan mudah. Syukur Allah pilih untuk keluar Khuruj Masturat pada masa itu.

Sekarang, masalahnya lain. Nak meninggalkan anak kepada siapa dan keadaan kesihatan yang kadang2 OK, kadang2 TAK OK, tanggapan keluarga lagi. Saya berazam untuk Khuruj Masturat 10 hari di Semenanjung pada penghujung Mei ini, iaitu pada hari lahir saya. Dalam keadaan mengandung anak ke-2, kdg2 rasa sihat dan kdg2 rasa tak sihat, saya terus berdoa pada Allah agar saya dipilih dan dipermudahkan untuk keluar pada kali ini. Selain itu, nak tinggalkan Nur Islamedina dengan siapa? Nenek sebelah abahnya dari awal tak sanggup, sebab mereka pun kena jaga cucu2 lain. Nak tinggalkan dengan Nenek sebelah Umi, pun mereka tak sanggup sebab masing2 tak dapat ambil cuti yg terlalu panjang. Tambahan lagi, Nur Islamedina tak pernah berpisah dengan saya. Dan walaupun haknya untuk menyusu selama genap 2 tahun sudah tertunai, sekarng dia masih belum putus susu badan. Hmmm...moga Allah selesaikan masalah2 ini.

Perkara ini melibatkan perasaan keluarga, saya tak mau nanti keluarga akan berbunyi dalam diam. Saya berat meninggalkan anak dalam keadaan hati tak senang.
Walaupun seribu satu alasan, saya tetap berdoa agar Allah tetap pelihara Iman saya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik, dan biarlah Allah yang buat keputusan. Allah akan pilih kita melihat kepada keazaman dan kesungguhan kita, tak kira kita mempunyai kelapangan masa, wang, harta atau anak yang banyak.
"Ya Allah, pilihlah saya dan suami saya untuk Khuruj Masturat pada penghujung Mei ini. Dan selesaikan semua masalah saya, lapangkan dada saya dan perliharalah Iman kami. Amin ya raabb".

:: Muhasabah : Redha dengan setiap keputusan Allah ::


Apr 25, 2011

:: Breastfeeding & Me ::

Assalamualaikum wbt...

Lama gak saya tak menjengah blog & mencoret N3 terbaru. Tajuk N3 kali ni saya rasa sangat menarik kerana sekarang ini, jarang saya dengar si ibu sanggup menyusukan anaknya secara direct dari badan (breastfeeding). Tambahan lagi, sekarang tersangatlah ramai ibu2 yang berkerjaya dan memberikan seribu satu macam alasan untuk tidak menyusukan baby. Malah saya sendiri sebagai ibu yang x berapa nak muda, pada mula2 dulu merasakan sangat mencabar menyusukan baby. Mestilah mencabar, dalam keadaan merasa kesakitan pertama kali melahirkan, emosi tak stabil, badan lemah dan segala macam lagi yang dihadapi. Seingat saya selepas saya melahirkan Nur Islamedina 2 tahun lepas, saya terus menyusukan walaupun tak pandai dan tak tau posisi yang betul. Almaklum la, first baby dan masa tu Nur Islamedina kuat tido dan tak mau sangat menyusu. Tapi saya gagahi juga dengan penyusuan direct dari badan. Satu hal setelah beberapa hari, Nur Islamedina masih lagi kuat tido sehinggakan saya mengalami bengkak susu...aduhh mmg sakit. Nak pam pun xreti, sampai mak mertua yg tolong. Kesakitan mengepam susu pun, ya Allah malas la nak cerita...tapi kalau tak pam, takut nanti demam pulak kan... so, saya gagahi jua dalam keadaan berlinangan air mata...uwaaaa xsanggup nak mengenangkan saat itu...
Ok, itu cerita mula2 dulu...

Sekarang, dah 25 April 2011, Nur Islamedina dah menginjak usia 2 tahun. Alhamdulillah berkat kesabaran, saya berjaya breasfeed Nur Islamedina secara eksklusif selama 2 tahun ni. Memang benar, Nur Islamedina tak minum susu formula. Walaupun macam2 cara, macam2 jenis puting susu dan macam2 jenis susu formula dah di usahakan, tapi gagal... Nasib la Nur Islamedina ni kuat makan, jadi selain susu badan, dia juga makan 2 kali meals (Nasi+Ikan@Ayam+Sayur) sehari, selain biskut, kekacang dan air masak. Sesekali dia minum Vitagen juga. Asbab pemakanan yang betul, dia sihat dan tak gemuk...kadang2 jeles gak tgk anak orglain gempal2, tp gempal dek kerana susu formula sahaja. (jarang kan jumpa anak2 yg minum susu formula dan berselera makan banyak, termasuk la anak buah saya. sgt kuat minum susu formula & xmkn nasi langsung, cuma berharap pada biskut, jajan2 & sewaktu dgnnya sahaja). So, syukurlah walaupun Nur Islamedina masih berharap pada susu cap gantung, tp dia ambil gak pemakanan seimbang...

Masalahnya sekarang, (bukan la masalah sgt pun memandangkan saya hanya surirumah) Nur Islamedina belum mau putus susu. Dia cuma mau minum Milo + susu Dutch Lady, itu pun masih berharap dg susu badan. bagi saya tak menjadi masalah untuk menyusukan Medina lebih dari 2 tahun. Sebab tempoh 2 tahun itu adalah tempoh hak seorang anak untuk disusukan. Banyak juga cara2 yg saya baca untuk memutuskan susu badan ni, memandangkan Nur Islamedina pun dah besar. Tapi lastly, saya buat keputusan biar lah Nur Islamedina sendiri yg bersedia memutuskan susu badan, lgpun dia bkn nak menyusu betul, sekadar nak melepaskan rasa je...
Dan sebenarnya saya juga ada baca yg memutuskan susu badan ni perlu ketabahan emosi kedua2 pihak si ibu & si anak. Bayangkan 2 tahun sejak lahir, masa sihat sakit dan setiap masa, si ibu & si anak berkepit aje.. sudah tentulah tak mudah untuk memutuskan 'bonding' yang sekian lama terjalin. (sebenarnya saya sendiri pun belum bersedia untuk memutuskan susu, heheheee...) So, biarlah dulu kan. lagipun setiap titis susu badan yang diminum akan jadi pahala. Sapa yang tak mau tu rugi la...xperlu modal apa pun..hehehhehee...

Jadi, kesimpulannya saya berjaya menyusukan anak pertama saya, Nur Islamedina selama 2 tahun dan menunaikan haknya. dan saya akan teruskan sehingga benar2 bersedia untuk memutuskan susu. InsyAllah di hari mendatang, Nur Islamedina menjadi seorang yang mudah menunaikan hak orang, asbab hak nya tertunai...cewahhh..InsyAllah...

Jumpa di lain N3... Assalam...

:: Muhasabah : Tunai hak anak, InsyAllah kelak Allah bagi ganjaran & mudahkan anak tunaikan hak kita bila kita dah tua nanti ::

Mar 25, 2011

:: 2011 Dan Hobi ::

Assalamualaikum wbt...

Thn 2011 dah berlalu lebih 3bulan. Sepanjang tahun 2011 ni, hobi saya dlm mem-baking semakin mantap. Asal je ada birthday, kompem saya buatkan home made Birthday Cake. Sebenarnya kepuasan memakan kek buatan sendiri mmg la tak dapat digambarkan dgn kata2. Apatah lagi kalau kita lihat org makan kek yg kita buat dengan berselera sampai licin...=D mesti la semangat makin berkobar2 kan... kalau beli kat kedai, kita risau rasanye kureng, harga pun agak mahal & yg penting kita tak pasti kandungan bahan2 kek tu, terutama kalau beli kat bakery non muslim...

So, dlm N3 kali ni ada beberapa kek birthday yang saya dah buat sendiri sejak masuk nye thn 2011. Antaranya birthday my beloved Ibu [29 Januari 2011], birthday my mum in law [2 Febuari 2011], birthday adik sy yg ke-4 [7 Mac 2011] & birthday adik lelaki sy [21 Mac 2011]. Antara kek yg paling minat sy buat adalah Baked Cheese Cake & Choc Moist Cake...
so, jom cuci mata...

++ Oreo Cheese Cake ++


Kek ni sy buat untuk birthday Ibu kesayangan saya... rupanya tak cantik sgt, al-maklum le 1st time buat Oreo Cheese Cake. Tp bila dah buat, bangga gak sbb hasilnya mmg bgs & yg penting sedapppp... siap dapat pujian dr my Ibu... hehehee...sy suka...;)


++ Jacob Wheatmeal Cheese Cake ++


Yang ni pun cheese cake, sy buatkan utk my mum-in-law birthday. mula2 sy ingatkan kena pakai Roti Marie je utk base nya, tp rupanya biskut Jacob Wheatmeal tu pun sedap gak. sbb roti tu lembut & mudah nk dihancurkan. satu sbb la, my mum in law ni control makan sikit, so guna lah biskut Jacob yg berkhasiat & kandungan gula dlm cheese cake tu pun diminimumkan. sekadar cukup syarat je... dan hasilnya, syukur mmg my mum in law puji melangit tinggi...:D oklah kan, kena puji mak mertua.. heeeeeeeeeee...


++ Steamed Buttercream Choc Cake ++


Haa, yg ni plak al kisahnye, 1st time nak cuba2 buat steamed buttercream. sy ni berguru dgn internet je, senang jgk membuatnye cuma silap teknik kot. jadi buttercream ni cantik bila dituang atas kek, tp bila meleleh kat tepi2 kek tu, dia terus jd keras... hehehe.. xpelah, next time leh cuba lg kan.. practice makes perfect... :D


++ Rich Choc Cake ++


Yg ni plak, birthday cake adik lelaki sy. dia ni mmg hantu coklat. dan awal2 lg dia cakap mesti buat kek coklat, semua coklat. so jadi la Rich Choc Cake ni. nak buat ganache tu pun senang je sebenarnye. dan bila disimpan dalam petisejuk, ganache tu takkan keras & masih sedap dimakan...


++ Choc Moist Cheese Cake ++


Kek ni saya buatkan utk En. Hubby minum pagi dan bekal ke pejabat. En. Hubby mmmg minat makan Cheese Cake, dan kek yg sy buat ni mmg menjadi elok. saya potong pun cantik2 dan hasilnya sama ngan kedai. Dari segi rasa & rupa... hehehee...

So, sy teruja la buat semua kek ni sendiri. Bulan April depan, birthday my Lil' Sunshine lak... kompem sy akan buat kek sendiri. utk resepi kek2 di atas tu, kita jumpa kat lain N3 k, si kecik ni dah merengek2 dah...ok, Assalamualikum..

:: Muhasabah : Gembiarakan hati org sekeliling, InsyAllah hati kita juga akan gembira ::

Mar 17, 2011

:: 6 Pesanan Untuk Wanita ::

Assalamualaikum...

Saya nak kongsi 6 perkara khusus untuk wanita2. InsyAllah dengan mengamalkan nya akan mendekatkan kita kepada kepada sirah dan cara hidup Nabi SAW. Tiada kehidupan dunia yang berjaya selain dengan cara hidup Nabi SAW. Mungkin ramai yang dah tau pesanan2 ni, tp adakah kita amalkan nya...??? Renungkan...


1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

InsyAllah, sama2 kita renungkan dan semoga kita amalkan. Allah suka perkara yang sedikit2 tetapi Istiqomah, dan amalan secara Istiqomah akan mendatangkan Ikhlas. Dan muzakarah lah bersama wanita2 lain agar hakikat amalan ini akan masuk ke dalam hati dan mudah kita amalkan.

Jumpa lagi di lain entry... As-salam...

:: Muhasabah : Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah ::

:: Permata Hati, My Little Sunshine Nur Islamedina Bt. Nor Azlan ::

Daripada Maksud Hadith :
"Dari Abu Sa'id Khudri ra. meriwayatkan bahawa: Rasulullah SAW telah bersabda: Abu Sa'id!Barangsiapa yang menerima dengan rela bahawa Allah itu Robbnya, Islam itu agamanya, dan Muhammad SAW itu nabinya, maka wajib syurga baginya."" (HR Muslim)

As-salam...
skrg dah lepas tengahari, lepas menidurkan satu2nya si kecil saya...maksud hadith di atas sangat bermakna kepada saya. dimana d rumah kami membuat amalan mendengar Ta'lim setiap kali selepas solat Maghrib.

Nur Islamedina, itulah namanya. Yang bermaksud "Cahaya Islam Agama Kami". Puteri yang lahir dari ikatan yang diredhai Allah, lahir pd hari Jumaat, 24 April 2009 bersamaan 28 Rabiulakhir 1430H, jam 1433. Syukur ke hadrat Illahi, sekarang Medina {nama manja} sudah hampir 2 tahun. Medina dijaga sepenuhnya oleh saya sendiri, dan jarang sekali ditinggalkan walaupun hanya untuk beberapa jam...
Dan saya sendiri dengan rela berhenti dari kerja untuk menjaga anak sepenuh masa. Saya sebenar nya takut kalau anak dijaga orang atau dihantar ke nursery. Mmg saya ada tanggapan negatif terhadap isu tersebut. Lainkali saya mengulas hal tu ye..



Jadi buat masa sekarang, saya lah pendidik, umi, kawan, tempat bermanja utk Medina ni. Perhatian 24/7 berkepit, Medina sangat manja dan pandai mengambil hati. Saya ingat lagi umur nya 1thn lebih, dia mula pandai sebut Babah dan cuma memanggil saya dgn gelaran "wakkk wakkk". Then, dia boleh plak sebut Udak, panggilan utk Adik sy yg sll tlg jaga Medina... Lama lepas tu baru Medina boleh panggil Umi..itupun dia sebut "Ummekkk"...lawak nye anak umi...

So, sekarang Medina semakin petah bercakap. Paling saya bangga bila Medina terang hati menerima hakikat. Bila ditanya siapa cipta itu ini, siapa bagi sedap, siapa bagi umi dan abah.....dengan ringkas Medina jawab "Allah......."
Subhanallah...syukur, moga anak ini bakal menjadi hafizah dan alimah...

Ok, jumpa lg dalam next entry.... Assalamualaikum..

::Muhasabah : Anak itu umpama kain putih bersih, elok didikan nya maka insyAllah eloklah sifat dan pekertinya::