"Dari Abu Sa'id Khudri ra. meriwayatkan bahawa: Rasulullah SAW telah bersabda: Abu Sa'id!Barangsiapa yang menerima dengan rela bahawa Allah itu Robbnya, Islam itu agamanya, dan Muhammad SAW itu nabinya, maka wajib syurga baginya."" (HR Muslim)
As-salam...
skrg dah lepas tengahari, lepas menidurkan satu2nya si kecil saya...maksud hadith di atas sangat bermakna kepada saya. dimana d rumah kami membuat amalan mendengar Ta'lim setiap kali selepas solat Maghrib.
Nur Islamedina, itulah namanya. Yang bermaksud "Cahaya Islam Agama Kami". Puteri yang lahir dari ikatan yang diredhai Allah, lahir pd hari Jumaat, 24 April 2009 bersamaan 28 Rabiulakhir 1430H, jam 1433. Syukur ke hadrat Illahi, sekarang Medina {nama manja} sudah hampir 2 tahun. Medina dijaga sepenuhnya oleh saya sendiri, dan jarang sekali ditinggalkan walaupun hanya untuk beberapa jam...
Dan saya sendiri dengan rela berhenti dari kerja untuk menjaga anak sepenuh masa. Saya sebenar nya takut kalau anak dijaga orang atau dihantar ke nursery. Mmg saya ada tanggapan negatif terhadap isu tersebut. Lainkali saya mengulas hal tu ye..
Jadi buat masa sekarang, saya lah pendidik, umi, kawan, tempat bermanja utk Medina ni. Perhatian 24/7 berkepit, Medina sangat manja dan pandai mengambil hati. Saya ingat lagi umur nya 1thn lebih, dia mula pandai sebut Babah dan cuma memanggil saya dgn gelaran "wakkk wakkk". Then, dia boleh plak sebut Udak, panggilan utk Adik sy yg sll tlg jaga Medina... Lama lepas tu baru Medina boleh panggil Umi..itupun dia sebut "Ummekkk"...lawak nye anak umi...
So, sekarang Medina semakin petah bercakap. Paling saya bangga bila Medina terang hati menerima hakikat. Bila ditanya siapa cipta itu ini, siapa bagi sedap, siapa bagi umi dan abah.....dengan ringkas Medina jawab "Allah......."
Subhanallah...syukur, moga anak ini bakal menjadi hafizah dan alimah...
Ok, jumpa lg dalam next entry.... Assalamualaikum..
::Muhasabah : Anak itu umpama kain putih bersih, elok didikan nya maka insyAllah eloklah sifat dan pekertinya::

No comments:
Post a Comment