Mar 17, 2011

Pembuka Bicara

Assalamualaikum wbt...
Salam ukhuwah buat rakan2 blog, saya Umi, mempunyai seorang anak gadis yang bakal memasuki usia 2 tahun. Berkahwin dengan seorang jejaka senegeri, malah sama taman perumahan. Saya mempunyai adik beradik yang ramai & penyanyang, juga mempuanyai kedua orgtua yang tiada tandingan dlm dunia ini... Saya merupakan seorang yang simple, cuma ada beberapa kawan baik dan hanya bercakap bila perlu..

Saya mempunyai pendidikan tinggi di UUM. Pernah bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran di sebuah Syarikat Takaful, tp mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menjaga anak sendiri sepenuh masa. Jadi sekarang status saya adalah "Surirumah Berijazah Sepenuh Masa".

Sangat meminati bidang masakan terutamanya pastry dan bakery... InsyAllah suatu hari nanti akan mempunyai sebuah kedai bakery sendiri. Syukur atas bakat yang dikurniakan Allah swt dlm bidang masakan ini. Saya lebih suka mencuba dan mencari masakan dari internet, kerana ilmu ada di mana2, kan...


Blog ini dibina bertujuan untuk berkongsi pendapat, ilmu dan pandangan, agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian, dan semoga menjadi asbab menambah bekalan untuk hari akhirat. Ok, cukuplah percakapan formal, sesi memperkenalkan diri. Untuk entry akan datang, saya akan perkenalkan My Lil' One & Tuan Rumah pulak... Tq kepada rakan2 yang sudi membaca...

:: Muhasabah : Tiada kejayaan selain dalam mentaati agama dan perintah Allah. Tingkatkan amal dan yakin, insyAllah kejayaan akan menjadi milik kita ::

No comments:

Post a Comment